ku kejar bayang dalam kegembiraan,
meskipun keresahan,
memayungi nostalgia silam,
mencarik sejuta impian...
berdiri tegar ak di sini,
di bumi yang penuh pancaroba,
mengalun...
melambai sekilas kedukaan,
biarpun hanya sekadar peneman sepi,
untuk aku berada di sini....
yang hilang itu kebahagiaan...
yang hadir itu kepahitam,
belum pasti manjadi realiti,
belum pernah bergelar ilusi
kerana ironinya berbeza di sini...
melangkah aku dari api ini,
berlari aku dari panahannya,
ku cari dan terus mencari,
ku tepis dan terus membongkar,
apa yang dinamakan harapan....
kerana aku di sini masih menantimu....
No comments:
Post a Comment